Penerangan
13 Ogos 2021, IPOH – Seksyen EIA dari JAS Perak telah menganjurkan mesyuarat jawatankuasa teknikal EIA bagi cadangan projek industri yang terletak di Mukim Jebong dalam daerah Larut Matang dan Selama. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak, Haji Rosli Bin Zul pada hari ini secara atas talian.
Terdapat 5 wakil dari agensi teknikal yang hadir memberi ulasan iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama, PLANMalaysia@Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Jabatan Kerja Raya Daerah Larut Matang Selama Taiping dan Indah Water Konsortium.
Mesyuarat ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.