Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program Ceramah Kesedaran Alam Sekitar Sempena Bakun Hidroelektrik HSSE Week 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 18/08/2021
- Organisasi
- DOE Sarawak
- Lokasi
- Sarawak>Bintulu
Penerangan
Stesen Janakuasa Hidroelektrik Bakun (Sarawak Energy) bersama-sama dengan JAS Cawangan Bintulu telah mengadakan satu program kesedaran alam sekitar secara atas talian pada 12 Ogos 2021 bersempena sambutan "Bakun Hidroelektrik HSSE Week 2021". Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam terutamanya mengenai kepentingan penjagaan sumber air dan pemeliharaan alam sekitar. Pengisian program melibatkan sesi ceramah bertajuk "Environmental Initiatives and Sustainability Programme" dan pengenalan aktiviti Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang telah disampaikan oleh Encik Abdul Mazli Hafiz Abdul Malik dari JAS Cawangan Bintulu serta pelaksanaan program penanaman pokok di stesen janakuasa tersebut. Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada pihak pengurusan dan kakitangan Stesen Janakuasa Hidroelektrik Bakun telah terlibat menghadiri sesi ceramah secara atas talian berkenaan.