Penerangan
5 Ogos 2021, IPOH – Seksyen EIA JAS Perak pada hari ini telah menganjurkan Webinar Alam Sekitar bertajuk Taklimat Berhubung Status Projek Yang Telah Mendapat Kelulusan Laporan EIA Dari Jabatan Alam Sekitar Tetapi Masih Belum Memulakan Sebarang Aktiviti Di Tapak secara atas talian melalui platform Google Meet.
Webinar yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah JAS Perak, Haji Rohimi Bin Harun itu telah dihadiri seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada pemaju projek EIA, perunding alam sekitar dan pelajar Institut Pengajian Tinggi.
Webinar ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.