PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TAIPING PERGIATKAN SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN PERUMAHAN

DOE Perak 13/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TAIPING PERGIATKAN SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN PERUMAHAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
13/08/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

5 Ogos 2021, TAIPING – Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping terus pergiatkan siasatan terhadap aduan pembakaran terbuka dari orang ramai terutamanya melibatkan kawasan perumahan seperti di Taman Hijau dan Taman Medan Bersatu, Taiping. Hasil siasatan telah menemui kesan pembakaran terbuka ke atas sampah-sarap dan daun-daun kering di kawasan yang terlibat. JAS telah memberikan amaran keras dan poster larangan pembakaran terbuka kepada penduduk yang ditemui. Jabatan Alam Sekitar ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali. Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar termasuklah pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected] Siasatan ini dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan