PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Siasatan Aduan Pembakaran Terbuka Oleh JAS Negeri Sarawak

DOE Sarawak 12/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Siasatan Aduan Pembakaran Terbuka Oleh JAS Negeri Sarawak
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
12/08/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Kuching

Penerangan

Siasatan aduan pembakaran terbuka telah diterima oleh JAS Negeri Sarawak dan siasatan telah dijalankan pada 11 Ogos 2021 di sebuah kawasan perkampungan/perumahan di Jalan Kampung Semaba dan Taman Capital, Kuching, Sarawak. Hasil siasatan mendapati terdapat kesan pembakaran ranting-ranting kayu dan rumput di Kampung Semaba. Pemilik tanah telah diberikan peringatan berupa risalah larangan melakukan pembakaran terbuka. Kes aduan pembakaran terbuka ini turut akan dirujuk ke pihak Majlis Perbandaran Padawan memandangkan ianya turut menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk sekitarnya. Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan