Siasatan aduan pembakaran terbuka telah diterima oleh JAS Negeri Sarawak dan siasatan segera telah dijalankan pada 6 Ogos 2021 di sebuah premis barangan lusuh di Jalan Stephen Yong, Kuching, Sarawak. Hasil siasatan mendapati premis telah melakukan pembakaran secara terbuka terhadap tayar-tayar terpakai di dalam kawasan premis. Pemilik premis telah dikompaun kerana melanggar Seksyen 29A dan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah dikeluarkan supaya premis tidak melakukan sebarang pembakaran secara terbuka pada masa hadapan. Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].