Penerangan
JAS Negeri Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa EIA-TRC pada 26 Julai 2021 bertujuan membincangkan laporan penilaian kesan alam sekitar (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi sebuah projek di Sarawak. Mesyuarat secara atas talian ini telah dipengerusikan oleh En. Hamzah Bin Hj. Mohamad, Pengarah JAS Negeri Sarawak yang turut dihadiri oleh agensi/jabatan kerajaan yang berkaitan.