5 Ogos 2021, HILIR PERAK – Penguatkuasa JAS Cawangan Teluk Intan terus mempergiatkan rondaan mencegah pembakaran terbuka di sekitar daerah Hilir Perak, Manjung dan Bagan Datuk.
Hasil rondaan telah menemui kesan pembakaran terbuka di beberapa kawasan yang terdiri daripada sisa pokok yang telah dibersihkan dalam kawasan tanah lapang dan tanah kebun kelapa sawit berdekatan dengan perumahan. JAS segera menampal poster larangan pembakaran terbuka di kawasan terbabit untuk mengelakkan perkara tersebut berulang.
Jabatan Alam Sekitar ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar termasuklah pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected]
Rondaan ini dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.