Penerangan
6 Ogos 2021, BATU KURAU – Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs Haji Rosli Bin Zul telah menyertai lawatan kerja dan mesyuarat bersama Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Saarani Bin Mohamad dalam satu cadangan projek pembangunan bagi meneruskan impian Perak Bumi Lestari.
Lawatan kerja ini dijalankan bertujuan mendapatkan pandangan dan ulasan berkenaan pembangunan yang dicadangkan daripada agensi-agensi teknikal sebagai input kepada Kerajaan Negeri dalam membuat keputusan dasar.
Turut hadir bersama adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Exco Alam Sekitar, YB Encik Mohd Akmal bin Kamarudin, YB ADUN Kawasan serta Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri dan Daerah.
JAS berpendapat se0barang pembangunan yang dicadangkan hendaklah mengambil kira aspek kesesuaian dengan perancangan pembangunan di sekeliling tapak, kelestarian alam sekitar dan kepentingan penduduk setempat di samping menjana ekonomi kepada Kerajaan Negeri.
JAS Perak turut diwakili oleh Ketua Cawangan JAS Taiping, Puan Syakirah Binti Hashim dan Ketua Seksyen Input Pembangunan dan EIA, Encik Mohd Farhan Bin Mohamad Hashim.