Penerangan
7 Ogos 2021, BAGAN DATUK – Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Teluk Intan telah menjalankan pemantauan dan pengukuran kualiti udara bagi parameter habuk di sekitar kawasan perumahan di Bagan Datuk dengan menggunakan peralatan pengawasan udara GRIMM. JAS bertindak demikian susulan aduan berkaitan pencemaran habuk dari orang ramai yang diterima secara berulang.
Program pemantauan dan pengukuran ini telah dijalankan selama tempoh 24 jam bagi menentukan kepekatan habuk pada saiz tertentu. Ini adalah sebahagian perkara yang membantu JAS dalam merangka tindakan perundangan yang wajar diambil terhadap premis industri yang terlibat.
Program pengawasan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.