Penerangan
9 Ogos 2021, IPOH – JAS Perak bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak yang bersiaran secara maya dari pejabat DUN Selama.
Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah sebagai platform bagi jabatan atau agensi di bawah kerajaan persekutuan dan negeri untuk membincangkan sebarang isu-isu berkaitan dengan pengurusan alam sekitar di negeri Perak.
JAS Perak yang diketuai oleh Pengarah, Haji Rosli Bin Zul bersama 3 pegawai kanan telah menyampaikan sembilan kertas kerja untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar ini.
Seramai 40 orang pegawai dari 16 agensi telah menghadiri mesyuarat tersebut secara atas talian.