Penerangan
10 Ogos 2021, KAMUNTING - Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan rondaan pemantauan pencemaran ke atas premis industri di Kawasan Perindustrian Kamunting bagi memastikan pematuhan yang berterusan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
Pada masa yang sama, JAS turut memantau keadaan sungai di sekitar Ijok, Selama. Sungai Ara, Sungai Lempong dan Sungai Segar adalah antara sungai-sungai yang dipantau pada hari ini dan didapati tiada pencemaran yang berlaku pada sungai yang terlibat.
Pemantauan yang dijalankan adalah mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.