Penerangan
11 Ogos 2021, IPOH – Seksyen EIA dari JAS Perak telah menganjurkan mesyuarat penyelarasan bagi projek-projek EIA di Manjung pada hari ini secara atas talian. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak, Haji Rosli Bin Zul.
Objektif mesyuarat ini dijalankan adalah untuk menggalakan semua projek di Manjung bagi aktiviti kuari mempunyai perancangan pembangunan yang mengambilkira perlaksanaan projek yang perlu dijadualkan supaya tidak dijalankan secara serentak bagi mengurangkan kesan pencemaran kepada alam sekitar.
Agensi teknikal yang hadir bersama di dalam mesyuarat penyelarasan ini adalah wakil dari Pejabat Exco Alam Sekitar Negeri Perak, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Jabatan PERHILITAN Negeri Perak.
JAS Perak turut diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Encik Abdul Aziz Bin Parmin, Ketua Penolong Pengarah, Encik Muhamad Rizal Bin Ramli dan Seksyen Post EIA serta JAS Cawangan Teluk Intan.
Mesyuarat ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.