PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Ops Gempur Ogos 2021 Dan Pemeriksaan Pematuhan SOP Di Bawah Akta 342 Oleh JAS Cawangan Bintulu

DOE Sarawak 12/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ops Gempur Ogos 2021 Dan Pemeriksaan Pematuhan SOP Di Bawah Akta 342 Oleh JAS Cawangan Bintulu
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
12/08/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Bintulu

Penerangan

JAS Cawangan Bintulu telah menjalankan operasi Ops Gempur 2021 bagi premis kilang kelapa sawit pada 3 dan 4 Ogos 2021 di Daerah Sebauh, Bintulu. Operasi ini dijalankan untuk menilai kemajuan kerja-kerja menaiktaraf sistem kawalan pencemaran udara (SKPU) ke arah pematuhan PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan juga pematuhan syarat-syarat lesen kilang kelapa sawit. Selain itu, pemeriksaan terhadap pematuhan SOP di bawah Akta 342 turut dijalankan. Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan