PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu Pematuhan Pengurusan Buangan Klinikal Di Bahagian Bintulu, Sarawak

DOE Sarawak 12/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu Pematuhan Pengurusan Buangan Klinikal Di Bahagian Bintulu, Sarawak
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
12/08/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Bintulu

Penerangan

JAS Cawangan Bintulu bersama-sama wakil Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu telah menjalankan pemeriksaan terhadap buangan klinikal yang dihasilkan dari hospital dan dari beberapa Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) pada 5 Ogos 2021. Operasi bersepadu ini dijalankan berikutan terdapat peningkatan jumlah penghasilan buangan klinikal dalam tempoh pandemik Covid-19 ini dan untuk memastikan pengurusan serta prosedur pelupusan buangan klinikal tersebut mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang telah ditetapkan. Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan