Penerangan
Pegawai-pegawai JAS Cawangan Miri telah menjalankan penguatkuasaan ke atas 5 buah kilang kelapa sawit dengan memberi tumpuan kepada pematuhan kilang terhadap lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan ini dan pemeriksaan terhadap sistem pengolahan efluen, sistem kawalan pencemaran udara dan pengurusan buangan terjadual. Penguatkuasaan seperti ini adalah usaha berterusan Jabatan untuk memastikan kilang kelapa sawit mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta menunjukkan keberadaan pasukan penguatkuasa JAS di lapangan walaupun dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 di Sarawak.