JAS Cawangan Sibu telah menjalankan Ops Gempur 2021 pada 9 Ogos 2021 untuk memastikan pihak premis sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan juga pematuhan SOP di bawah Akta 342 melibatkan premis industri di sekitar Sibu. Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].