PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN AWAL ADUAN PENCEMARAN AIR DI SUNGAI LANGAT & RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN 07 OGOS 2021

DOE Selangor 12/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN AWAL ADUAN PENCEMARAN AIR DI SUNGAI LANGAT & RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN 07 OGOS 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
12/08/2021
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

TARIKH ADUAN: 7.08.2021 TARIKH SIASATAN: 08.08.2021 MASA: 12:30p.m-05:30p.m Lokasi :Sg. Langat ,Olak Lempit, Pekan Banting, Bukit Changgang Bertindak dari aduan yang diterima pasukan penyiasat dari JAS Cawangan Sepang telah melakukan siasatan ke atas aduan pencemaran air di Sungai Langat. Kawasan diadu didapati ialah kawasan kilang "steel". Premis didapati sudah lama tidak beroperasi dan telah tutup. Turut hadir di lokasi adalah pihak LUAS . Pemeriksaan mendapati lokasi logitut & latitute yang diberikan pengadu ialah kawasan longgokan slag (Stockpile area).Terdapat air yang stagnant berwarna hijau dan tidak bergerak di kawasan longgokan slag tersebut. Disyaki berpunca daripada air hujan dan membuatkan air itu bertakung. Persampelan juga turut dijalankan di lokasi penstoran slag tersebut. Persampelan dilakukan dan Sampel akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut. Ph air yang stagnant tersebut ialah Ph 12. Pihak LUAS tidak menjalankan sebarang persampelan dilokasi. Rondaan dan pemantauan diteruskan ke kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Pemerhatian dibuat ke atas pelepasan asap hitam cerobong, pelepasan effluen dan pembakaran terbuka.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan