Penerangan
RONDAAN PENGUATKUASAAN HUJUNG MINGGU OLEH JAS NEGERI SEMBILAN
1 Ogos 2021, Seremban - Rondaan yang dijalankan oleh JAS Negeri Sembilan bertumpu ke kawasan perindustrian sekitar Senawang, Nilai, Port Dickson dan Kuala Pilah. Rondaan penguatkuasaan tersebut tidak menjumpai sebarang aktiviti yang mencurigakan berpunca dari premis-premis industri.
JAS Negeri Sembilan juga telah bertindak menjalankan siasatan ke atas aduan orang awam yang diterima berkaitan pembakaran terbuka di sekitar Negeri Sembilan. Amaran tegas telah diberikan kepada pelaku supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Semua premis industri diingatkan supaya sentiasa mematuhi AKAS 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. JAS Negeri Sembilan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
Dimaklumkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.
#KementerianAlamSekitardanAir
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasn9