Penerangan
6 Ogos 2021, SEREMBAN-Pasukan Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) terus dijalankan dan dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan. Rondaan melibatkan kawasan Seremban 2, Rasah Kemayan, Taman Bukit Chedang, Taman Bukit Coral, Mantin dan Bandar Seremban Selatan. Terdapat kesan pembakaran di lokasi rondaan dan aduan yang disiasat.
Usaha dan pendekatan berterusan akan di laksanakan JAS Negeri Sembilan dengan amaran tegas dan kesedaran kepada pelaku dan penduduk yang masih lagi melakukan pembakaran terbuka agar berhenti mengulangi perbuatan tersebut terutama di musim panas dan kering ini yang boleh menyebabkan kacau ganggu dan pencemaran udara. Pasukan rondaan turut mengedarkan risalah berkaitan larangan pembakaran terbuka di lokasi disiasat serta kerap menerima aduan pembakaran terbuka.
Semoga usaha dan pendekatan memberi kesedaran yang berterusan ini akan memberikan impak dan perubahan yang berkesan terhadap pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama