Penerangan
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN MENJALANKAN OPERASI CATAT DAN VIDEO KAMERA MENGESAN PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR
4 Ogos 2021, Seremban-Pegawai penguatkuasa Unit Kenderaan Bermotor telah menjalankan dua Operasi Catat dan Kamera Video bagi mengesan pelepasan asap hitam berlebihan daripada kenderaan. Operasi telah dijalankan di Jalan Kuala Pilah-Seremban dan Plaza Tol Senawang.
Pemerhatian secara visual melibatkan sebanyak 245 buah kenderaan dengan pecahan jenis kenderaan adalah Lori(75),Lori Kecil (84), Bas (??, Van Kilang/Bas (16), Trak Ringan (54), Van (??.
Pemilik kenderaan yang didapati melepaskan asap hitam akan diarahkan membuat pengujian asap hitam di PUSPAKOM melalui notis arahan di bawah Seksyen 31(1)(d) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pemeriksaan ujian asap boleh dibuat di PUSPAKOM negeri atau cawangan di seluruh negara.
Operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama