PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN SERTA SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA JAS NEGERI SEMBILAN 2 OGOS 2021

DOE Negeri Sembilan 12/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN SERTA SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA JAS NEGERI SEMBILAN 2 OGOS 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
12/08/2021
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN SERTA SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA JAS NEGERI SEMBILAN 2 OGOS 2021, SEREMBAN - Rondaan dan pemantauan oleh penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah menyiasat aduan pembakaran terbuka (PT) di kawasan ladang sawit bersebelahan Taman Ara Sendayan. Siasatan mendapati aduan PT adalah berasas. Arahan serta merta dan amaran tegas diberikan kepada pemilik ladang supaya menghentikan PT. Tindakan di bawah Sek29A, AKAS 1974 akan diambil kerana melakukan PT tanpa kelulusan. Rondaan di Kawasan Perindustrian Sendayan Techvalley telah dijalankan bagi memastikan kilang-kilang mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Selain itu, pemantauan dijalankan bagi memastikan SOP di bawah Akta 342 dipatuhi. Jabatan ini menyeru semua pihak tidak melakukan pencemaran. Sebarang aduan pencemaran alam sekitar boleh diadukan di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #AlamSekitarTanggungjawabBersama #jasn9

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan