RONDAAN DAN PEMANTAUAN BAGI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
3 Ogos 2021, SEREMBAN– Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan meneruskan komitmen menjalankan siasatan aduan dan rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka (OMPT) di sekitar Jalan Semarak, Taman Panchor Jaya, Taman Bukit Berlian, Jalan Tok Ungku, Jalan Rasah, Jalan Tun Dr Ismail dan Jalan Siow Loong Onn. Siasatan aduan dan rondaan mencegah pembakaran terbuka yang dijalankan telah menemui kesan pembakaran terbuka (PT) di lokasi yang diadu. Surat amaran, brosur larangan PT dan arahan serta-merta sebagai peringatan diberikan kepada pelaku supaya menghentikan PT. JAS Negeri Sembilan mengharapkan kerjasama penduduk agar pembakaran terbuka tidak berulang. Pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan oleh pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sembilan.
Orang ramai hendaklah peka dalam membenteras pencemaran. Sebarang aduan boleh disalurkan kepada (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau emel kepada
[email protected]. Orang ramai hendaklah menghubungi Jabatan BOMBA di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964 sekiranya berlaku kebakaran serius.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#jasn9
#AlamSekitarTanggungjawabBersama