RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
7 Ogos 2021, SEREMBAN – Pasukan rondaan JAS Negeri Sembilan meneruskan pemantauan pencemaran dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dipatuhi dan dilaksanakan.
Tiada sebarang pelepasan abnormal yang dikesan sepanjang rondaan dan pemeriksaan di kawasan industri yang dipantau. Pegawai penguatkuasa juga menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka sekitar kawasan Seremban, Senawang dan Sg. Gadut. JAS mengharapkan semua pihak tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan kualiti udara persekitaran manjadi tidak sihat.
Pihak yang melakukan jenayah alam sekitar akan diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Semua pihak diseru untuk bersama-sama memainkan peranan menjaga alam sekitar kerana alam sekitar tanggung jawab bersama.
Sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh diadukan di talian bebas tol 1-800-88-2727, email kepada
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama