RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
5 Ogos 2021, SEREMBAN – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menjalankan rondaan di Kawasan Perindustrian Nilam, Kawasan Perindustrian Sg. Gadut, Kawasan Perindustrian Pinggiran Senawang dan Kawasan Perindustrian Senawang. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang. Siasatan aduan pembakaran terbuka juga dijalankan di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Kg. Sawah, Bukit Pelanduk, Taman Bukit Sejati. Siasatan telah menemui kesan pembakaran terbuka di lokasi yang diadu. Surat amaran, arahan serta merta dan pamphlet larangan pembakaran terbuka telah diberikan. Pemantauan mencegah pembakaran terbuka akan diteruskan oleh JAS Negeri Sembilan dari semasa ke semasa.
Orang ramai yang melihat dan mensyaki ada berlaku pencemaran boleh membuat aduan kepada kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui emel di
[email protected]. Bagi kes-kes yang pembakaran terbuka serius hendaklah dilaporkan kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama