Penerangan
PROGRAM CINTAI ALAM SEKITAR NORMA BAHARU ANJURAN MPKK KG SRI REPAH, TAMPIN
10 Ogos 2021, TAMPIN-Satu program cintai alam sekitar norma baharu yang dianjurkan oleh MPKK Kg Sri Repah, Tampin telah diadakan secara maya. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Veerapan a/l Superamaniam (Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Negeri Sembilan) merangkap ADUN Repah pada jam 9.00 malam tadi.
Puan Pengarah JAS Negeri Sembilan, Puan Hajah Azuri Azizah bt. Haji Saedon, Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Asri b. Ramli bersama-sama Unit Pendidikan dan Kesedaran, JAS Negeri Sembilan telah hadir didalam program tersebut. Ceramah alam sekitar secara atas talian juga telah disampaikan oleh Puan Raudhah A.Karim, Pegawai Kawalan Unit Pendidikan dan Kesedaran, JAS Negeri Sembilan.
JAS Negeri Sembilan berharap program seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang. Kesungguhan MPKK Kg Sri Repah, Tampin dalam menyemai semangat cintakan alam sekitar di kalangan penduduk-penduduknya haruslah dicontohi.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama