Penerangan
10 Ogos 2021 - Alor Setar, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah melalui satu (1) pasukan penguatkuasaan menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan Daerah Kubang Pasu, loji rawatan air, kuari dan kawasan industri berdekatan. Rondaan dijalankan bagi memantau dan mengesan pencemaran alam sekitar dan aktiviti yang mencurigakan sehingga boleh menyebabkan pencemaran.