Penerangan
BAGAIMANA ANDA PERLU MENGURUSKAN BUANGAN TERJADUAL
Satu siri Webinar anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Chemical Productivity Nexus (CPN) bertajuk BAGAIMANA ANDA PERLU MENGURUSKAN BUANGAN TERJADUAL telah diadakan melalui aplikasi zoom dan Facebook Live Chemical Productivity Nexus pada 15 Julai 2021 (Khamis) pada Jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Penceramah jemputan adalah Cik Noorazamimah Aiza Azman, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan, Bahagian Bahan Berbahaya, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya dan Moderator adalah Pn. Thahirah Kamarulzaman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Bahan Berbahaya, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya.