Penerangan
1 Ogos 2021 - Satu sidang media khas telah diadakan di Menara MPSPK, Sungai Petani, Kedah bagi menjawab isu-isu berkaitan pencemaran alam sekitar di Daerah Kuala Muda terhadap artikel yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today bertarikh 29 Julai 2021 bertajuk "Unable to take pollution in Sg Petani, green activist moves to Penang".
Sidang media tersebut dihadiri oleh YB. Dr. Robert Ling Kui Ee, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan & Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah bersama Pengarah JAS Negeri Kedah, Encik Norazizi bin Adinan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Tuan Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin serta Ketua Cawangan JAS Sungai Petani, Encik Ya Mohamad Nazir Shah bin Ismail.