1 Ogos 2021, BERCHAM – Penguatkuasa Seksyen Aduan JAS Perak telah menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka di sekitar kawasan Bercham dan Tambun.
Hasil siasatan telah menemui beberapa longgokan pembakaran terbuka di tanah lapang dan kebun persendirian. JAS telah memberi amaran keras dan poster larangan pembakaran terbuka kepada penduduk yang ditemui supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut di masa hadapan.
Jabatan Alam Sekitar ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar termasuklah pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected]
Pemeriksaan ini dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.