PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kursus Kepimpinan dan Kemahiran Hubungan Perorangan Pegawai JAS Gred 48 - 52

DOE WP Putrajaya 05/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kursus Kepimpinan dan Kemahiran Hubungan Perorangan Pegawai JAS Gred 48 - 52
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
05/08/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

Tajuk: Kursus Kepimpinan dan Kemahiran Hubungan Perorangan Pegawai JAS Gred  48 - 52 Mod Kursus: Dalam talian (Aplikasi Zoom) Tarikh: 27 – 28 Julai 2021 (Selasa - Rabu) Masa: 8.30 pagi hingga 4.45 petang   29 JULAI 2021 - Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama SAbar Training & Resources telah menganjurkan satu kursus bertajuk “Kursus Kepimpinan dan Kemahiran Hubungan Perorangan Pegawai JAS Gred 48 – 52”. Kursus yang dikendalikan oleh UKM-UNIPEQ dan diadakan melalui platform Aplikasi Zoom itu diterajui oleh Hj. Syamsul Amri Abd Razak yang merupakan pelatih dan pengamal NLP yang bertauliah. Kursus yang dihadiri oleh pegawai-pegawai JAS seramai 37 orang itu diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berhubung keperluan mempertingkatkan kemahiran pengurusan supaya lebih berkesan dalam keadaan persekitaran yang dinamik dan mencabar di samping memberi pendedahan kepada kemahiran interpersonal yang perlu ada kepada peserta. Seterusnya kursus ini akan dapat membantu peserta yang terdiri daripada pegawai gred 48 dan 52 dalam meningkatkan kemahiran komunikasi serta kepimpinan dalam mengetuai sesuatu unit, seksyen mahupun bahagian. Kemahiran kepimpinan yang dibina ini juga dapat memastikan segala tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna mengikut SOP yang ditetapkan. Selain itu, melalui kursus kepimpinan ini dapat membantu pegawai meningkatkan keyakinan dalam menyampaikan arahan kepada pegawai dibawah seliaan masing-masing.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan