PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS MENJALANKAN TUGAS MERONDA DAN MENYIASAT ADUAN  PADA CUTI HUJUNG MINGGU -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS MENJALANKAN TUGAS MERONDA DAN MENYIASAT ADUAN  PADA CUTI HUJUNG MINGGU -JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

31  Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan rondaan mencegah dan menyiasat aduan pembakaran terbuka. Rondaan hari ini dilakukan di daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.  Kawasan terlibat adalah Kg. Kedai Buluh, Wakaf Mempelam, Paya Resak, Bukit Kor, Rhu Rendang, Rhu Muda, Pulau Kerengga, Serating, Merchang, Gong Balai, Rantau Abang, Rhu Batil, Tok Kah, TPS Bukit Lat dan Che Lijah. Rondaan ini melibatkan kawasan premis industri, tapak pelupusan sampah, kawasan tanah gambut yang sering berlaku kebakaran,  kawasan pantai dan kawasan perkampungan serta taman-taman perumahan. Hasil rondaan tersebut, tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui, tiada pelepasan habuk dari premis  industri, tiada tumpahan minyak dan bebola tar kelihatan di kawasan pantai dan tiada kejadian yang mencurigakan dikesan. Siasatan aduan pembakaran terbuka di Kg Kedai Buloh, didapati berasas dengan penemuan bekas pembakaran terbuka. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi kejadian dan risalah larangan pembakaran terbuka telah diedarkan kepada penduduk terlibat. Pemeriksaan juga dilakukan ke atas infrastruktur tanah gambut iaitu Check Dam, di Kg. Tok Kah dan Kg. Rhu Batil, didapati berada dalam keadaan baik. Pasukan penguatkuasa telah menemui longgokan sisa pokok yang ditebang hasil pembersihan kawasan di Kg. Serating. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang oleh pegawai penguatkuasa sebagai tindakan pencegahan.