Penerangan
31 Julai 2021, Kemaman, Terengganu. Hari ini cuti hujung minggu di Negeri Terengganu. Pegawai penguatkuasa terus komited menjalankan rondaan dan memantau pencemaran daripada punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)
Siasatan segera turut dilakukan ke atas laporan hotspot yang diterima dari JAS Ibu Pejabat Putrajaya. Berpandukan kepada maklumat lokasi hotspot yang diberi, tiada pembakaran terbuka dikesan di sekitar kawasan tersebut.
Hasil rondaan dan pemantauan yang bermula dari Chukai, Jakar, Kawasan Perindustrian Jakar, Geliga, Fikri, Kg. Besut, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Bakau Tinggi sehingga Kg. Ibok, didapati tiada pembakaran terbuka ditemui.
Rondaan di Kg. Ibok telah menemui kesan pembakaran terbuka di kawasan tapak pembersihan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi tersebut sebagai amaran keras agar aktiviti ini tidak berulang.