Penerangan
30 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini , Pegawai penguatkuasa terus menjalankan rondaan bagi tujuan mencegah dan menyiasat aduan pembakaran terbuka.
Kawasan rondaan adalah di Batu Rakit, Lembah Bidong, Telaga Papan, Saujana, Permaisuri dan Sg Tong. Tiada aktiviti pembakaran terbuka di kesan di sepanjang laluan ini.
Rondaan ini melibatkan kawasan tanah gambut yang sering terbakar. Tiada pembakaran terbuka ditemui.
Pemeriksaan ke atas infrastruktur tanah gambut iaitu check dam turut dilakukan. Hasil pemeriksaan ini di dapati ianya tidak berada dalam keadaan yang baik dan perlu diselenggara. Perkara ini akan dimaklumkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu untuk tindakan.
Di samping itu juga pemantauan di Kg. Air Sejuk, daerah Setiu, telah dibuat ke atas tapak pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) dan tapak pelupusan sampah. Hasil pemeriksaan, tiada perlepasan air yang berkelodak kelihatan dan tiada pembakaran terbuka dikesan.