PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH DAN MENYIASAT ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH DAN MENYIASAT ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

28 Julai 2021 (Rabu), Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini , Pegawai penguatkuasa terus menjalankan rondaan bagi tujuan mencegah  dan menyiasat aduan pembakaran terbuka. Rondaan dan pemantauan ini telah dilakukan di daerah Marang dan Dungun. Hasil rondaan dan pemantauan di sepanjang laluan ini tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan. Dua (2) siasatan pembakaran terbuka telah dilakukan di daerah Kuala Terengganu dan Dungun.  Kedua-dua aduan ini didapati berasas derngan penemuan kesan pembakaran terbuka di lokasi yang diadu. Pegawai penguatkuasa telah mengeluarkan Notis Amaran larangan pembakaran terbuka kepada individu yang terlibat.  Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang diadu. Risalah juga telah diedarkan kepada penduduk  terlibat bagi membendung aduan ini berulang. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu sentiasa memohon kerjasama daripada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka.  Selain ianya merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, aktiviti ini juga boleh menimbulkan gangguan asap kepada penduduk setempat dan kejiranan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan