Penerangan
30 Julai 2021, Kemaman, Terengganu. Hari ini cuti hujung minggu di Negeri Terengganu. Pegawai penguatkuasa terus komited menjalankan rondaan dan memantau pencemaran punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)
Kawasan rondaan dan pemantauan adalah di Bandar Chukai, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Jakar, Geliga, Mak Lagam, Binjai dan Mak Chili.
Hasil rondaan dan pemantauan yang melibatkan jajaran laluan tersebut didapati tiada sebarang pelepasan asap hitam dari cerobong premis industri, tiada pencemaran habuk dari premis yang menjalankan aktiviti blasting. Tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan.
Hasil rondaan dan pemantauan ini juga didapati tiada pembakaran terbuka ditemui. Walau bagaimanapun pegawai penguatkuasa telah menemui longgokan pokok-pokok sisa pembersihan di kawasan Perindustrian Teluk Kalong. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai usaha mencegah agar aktiviti ini tidak dilakukan oleh sesiapa sahaja yang terlibat.