Penerangan
28 Julai 2021(Rabu)- Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan sesi kolokium bertajuk Penyediaan Kertas Siasatan.
Kolokium ini telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Puan Nur Faezah binti Razali.
Sesi kolokium ini telah dihadiri secara fizikal oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman , Pengarah Jabatan Alam sekitar Negeri Terengganu dan semua pegawai penguatkuasa samada yang bekerja di pejabat dan bekerja di rumah dengan mematuhi arahan bertugas oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Sesi kolokium ini diadakan sebagai usaha dan komitmen Jabatan dalam memantapkan dan memperkasakan kemahiran dan pengetahuan semua pegawai-pegawai penguatkuasa dalam menyediakan kertas siasatan mengikut Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (Punca Tetap) –Siri V-Garis Panduan Penyediaan Kertas Siasatan yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar.