Penerangan
29 Julai 2021, IPOH - Dua majlis anjuran JAS Perak dan Kelab Alam Sekitar Negeri Perak iaitu majlis perhimpunan bulanan bil 4/2021 dan majlis 'Sekalung Budi, Seutas Kasih' telah dijalankan serentak secara hibrid di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini.
Seramai 8 orang pegawai yang cemerlang pada tahun 2020 telah menerima sumbangan dari Jabatan dalam bentuk sijil simpanan premium BSN bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sumbangan tersebut telah disampaikan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan oleh Pengarah JAS Perak, Haji Rosli bin Zul. Senarai pegawai cemerlang termasuklah Encik Mohamad Zamzani Bin Ibrahim, Puan Nor Farzilla Binti Abdullah Mohd Zawawi, Encik Mohammed Rizal Bin Mohd Kamal, Encik Harmanisham Bin Ishak, Encik Mohammed Mustafa Kamal Bin Ramli, Encik Mohd Shahreza Bin Abdul Majid, Encik Hasinor Bin Zainol dan Puan Rohana Binti Hawari.
Dalam pada itu, JAS Perak turut menganjurkan majlis 'Sekalung Budi, Seutas Kasih' bagi pegawai yang menerima kenaikan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah di JAS Putrajaya iaitu Haji Rohimi Bin Harun dan Puan Lili Suhana Binti Adnan.
Pengarah JAS Perak, YBrs. Haji Rosli Bin Zul merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pegawai-pegawai yang cemerlang dalam perkhidmatan tahun 2020 dan pegawai yang menerima kenaikan pangkat.