Penerangan
19 Julai 2021, WP Kuala Lumpur - Pegawai Jabatan Alam Sekitar WP Kuala Lumpur tetap menjalankan rondaan dan siasatan terhadap kes-kes aduan pencemaran di ambang Hari Raya Aidil Adha.
Rondaan dijalankan di Kawasan Bukit Jalil, Puchong dan di sekitar Sungai Kuyoh. Pemerhatian dari udara dengan menggunakan drone turut dijalankan bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran terbuka atau pencemaran alam sekitar dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pihak industri dan orang awam adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 sepanjang tempoh premis beroperasi. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.