PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

AKTIVITI PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN SIASATAN ADUAN KES PEMBAKARAN TERBUKA (23 JULAI 2021)

DOE WP Kuala Lumpur 31/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AKTIVITI PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN SIASATAN ADUAN KES PEMBAKARAN TERBUKA (23 JULAI 2021)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/07/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

23 Julai 2021, WP Kuala Lumpur - Pasukan penyiasat JAS WPKL menjalankan pemantauan dan siasatan susulan ke atas aduan pembakaran terbuka yang kerap kali diadukan. Siasatan susulan ke atas aduan berulang mengenai pembakaran terbuka yang didakwa berlaku berdekatan dengan Taman Perumahan Mutiara Bukit Jalil, Kuala Lumpur mendapati tiada kesan pembakaran di lokasi sepertimana yang diadu. Walau bagaimanapun dengan maklumat daripada pengadu dan pihak awam, beberapa premis yang disyaki melakukan aktiviti pembakaran terbuka telah dikenal pasti. Pihak industri dan orang awam adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 pada sepanjang masa. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali sekiranya sabit kesalahan. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan