Penerangan
24 JULAI 2021, WP KUALA LUMPUR – Pegawai Jabatan Alam Sekitar WP, Kuala Lumpur terus komited menjalankan pemantauan dan rondaan bagi memastikan industri yang beroperasi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan SOP yang ditetapkan oleh MKN/KKM.
Pemantauan dan rondaan dijalankan di Kawasan Perindustrian Kuang Bulan, Kepong, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Pihak industri diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 dan Akta 342 sepanjang tempoh premis beroperasi.
Dalam tempoh pengurangan taburan hujan yang mengakibatkan keadaan cuaca yang panas dan kering di kebanyakan negeri di Malaysia, maka orang awam adalah dinasihatkan supaya memberhentikan amalan pembakaran terbuka bagi menjaga kualiti udara persekitaran.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama