Penerangan
TARIKH: 25 Julai 2021
MASA : 10.00 pagi - 4.00 ptg
LOKASI . kawasan industri dan komersial di Kawasan Klang Selatan iaitu meliputi Kawasan Telok Gong, Kawasan Pandamaran dan Kawasan Pulau Indah
Pemantauan telah dijalankan di kawasan industri, komersial dan kawasan kediaman.Rondaan dan pemantauan dilakukan di kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Pemerhatian dibuat ke atas pelepasan asap hitam cerobong, pelepasan effluen dan pembakaran terbuka.
Secara keseluruhan kebanyakan premis tidak beroperasi terutama pada hari minggu dan dalam keadaan pandemik Covid19, namun beberapa premis yang beroperasi pun tidak mengeluarkan asap hitam dari mana-mana cerobong (jika ada) dan juga tidak melepaskan efluen yang berbau, berwarna atau berbuih ke longkang awam.