PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA TERUS DISIASAT OLEH JAS TAIPING

DOE Perak 29/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA TERUS DISIASAT OLEH JAS TAIPING
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/07/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

28 Julai 2021, TAIPING – Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka di sekitar kawasan perumahan Taman Lake View, Taiping. Hasil siasatan telah menemui kesan kebakaran yang telah dipadamkan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jabatan Alam Sekitar ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali. Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar termasuklah pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected] Pemeriksaan ini dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan