Penerangan
28 Julai 2021, IPOH - JAS Perak pada hari ini telah menjalankan sesi perbincangan dengan satu premis yang ditetapkan (Kilang Kelapa Sawit) secara hibrid di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Perbincangan yang diketuai oleh YBrs. Haji Rosli Bin Zul itu telah memfokuskan perkara-perkara berkaitan isu lesen perlanggaran, komitmen premis untuk menaiktaraf sistem kawalan pencemaran udara dan termasuklah langkah pembetulan yang perlu diambil oleh premis dalam jangka masa panjang.
Turut hadir dalam sesi perbincangan ini adalah penguatkuasa JAS Perak dari Seksyen Perak Selatan dan Seksyen Perlesenan.
Perbincangan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.