Penerangan
27 Julai 2021, IPOH – YBrs. Haji Rosli Bin Zul pada hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan kali ketiga dalam tahun ini yang diadakan secara hibrid di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Fokus mesyuarat adalah membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan organisasi JAS terutamanya keperluan-keperluan penting untuk pegawai JAS dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
Semua ketua unit, Ketua Cawangan dan Pegawai Kumpulan Profesional serta Pengurusan JAS Perak telah hadir dalam mesyuarat tersebut.
Mesyuarat tersebut telah dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.