Penerangan
27 Julai 2021, KERIAN – Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan satu siasatan ke atas aduan bunyi bising di kawasan perumahan yang terletak di Tanjung Piandang pada hari ini.
Hasil siasatan aduan yang diterima daripada orang ramai itu telah mendapati aduan tersebut adalah berpunca daripada aktiviti mesin penghancur ais dan menara sejuk. JAS akan memanjangkan aduan ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
Siasatan aduan tersebut dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.