Penerangan
24 Julai 2021, TAPAH- Penguatkuasa Seksyen Perak Tengah dari JAS Perak telah menjalankan rondaan pemantauan mencegah pembakaran terbuka di sekitar kawasan Tapah dan Bidor.
Rondaan telah menemui pembakaran terbuka sampah domestik di satu kawasan rezab jalan dan satu kawasan lain di Bidor. Pegawai penguatkuasa telah mengambil tindakan awal dengan menampal poster larangan pembakaran terbuka di kedua-dua kawasan tersebut sebagai amaran dan peringatan bahawa aktiviti tersebut merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan yang dijalankan adalah mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.