Penerangan
24 Julai 2021, PARIT BUNTAR - Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan rondaan pemantauan pencemaran ke atas semua premis industri di Kawasan Perindustrian Kamunting dan Parit Buntar bagi memastikan pematuhan yang berterusan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
Hasil rondaan pada hari ini mendapati tiada pencemaran berlaku di kawasan pemantauan.
Dalam pada itu, JAS Taiping turut menjalankan siasatan aduan berkaitan parit berwarna hitam yang dikesan di sekitar kawasan Bandar Parit Buntar. Hasil siasatan mendapati parit tersebut berperanan menakungkan air larian perbandaran berwarna hitam disebabkan musim kurang hujan.
Rondaan yang dijalankan adalah mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.