Penerangan
23 Julai 2021, HILIR PERAK - Penguatkuasa JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka di sebuah kawasan di Hilir Perak.
Hasil siasatan aduan tersebut telah menemui kesan pembakaran buangan domestik di sebuah kawasan rezab jalan.
Poster larangan pembakaran terbuka dipasang di beberapa lokasi berdekatan dalam usaha JAS mengingatkan orang awam berhubung dengan kesalahan dan denda yang boleh dikenakan sekiranya aktiviti ini dilakukan.
JAS ingin mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka kerana menurut Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Siasatan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.