Penerangan
22 Julai 2021, GOPENG – JAS Perak telah menjalankan siasatan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas premis yang ditetapkan buangan terjadual bersama YBrs. Pengarah JAS Perak, Haji Rosli Bin Zul di Kawasan Perindustrian Gopeng.
Siasatan ini adalah bertujuan bagi memastikan premis yang ditetapkan buangan terjadual sentiasa mematuhi syarat-syarat di dalam Jadual Pematuhan seperti yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
Pemeriksaan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.